Sunday, 5 August 2012

TAMBAT HATI SUAMI DENGAN MENJAGA MULUT DAN KEMALUANNYA


Untuk memastikan  rumahtanga kekal  bahagia  dan  hidup  rukun  dan  damai, isteri  perlu  manjaga suami  dan  suami  pula  manjaga  isteri. Soalannya  apa  yang  perlu dijaga? ada banyak cara untuk menawan dan menambat hati suami antara menjaga mulut dan kemaluannya !

Maksud menjaga mulut suami ialah menjaga makan minumnya. Jangan sampai suami yang pulang dari bekerja tidak ada makanan yang hendak dimakan. Lazimnya apabila perut suami kenyang ,senanglah hatinya . Menjaga mulut suami juga ada kaitan dengan sikap dan perangai isteri jangan sampai suami menengking, meninggi suara dan mengeluarkan kata-kata yang bukan gara-gara sikap dan perlakuan isteri.


Menjaga kemaluan suami pula bermaksud ,memberi makan (nafkah zahir batin)kemaluan suami secukupnya.Islam juga mengharamkan dan melaknat isteri yang menolak permintaan suami untuk berjimak. Hadis Rasulullah SAW, ada menyuruh isteri melayani suami walaupun sedang menunggang unta!!!

Bab menjaga mulut suami iaitu menyediakan makanan dan  minuman suami adalah lebih mudah jika tiada masa untuk memasak, isteri boleh saja membeli makanan di restoran. Sekiranya makanan kemaluan suami tidak mencukupi, dimana hendak di  cari ganti ? Ramai suami hari ini pergi kerja waktu pagi bagai kucing kelaparan.Apabila ini berlaku, mulalah semua kerja asyik tidak betul. Bayangkan jika isteri hanya melayan suaminya sekali dalam tempoh dua minggu padahal pasangan ini baru bernikah!!!

     Dalam bab menjaga kemaluan suami, ramai isteri melakukan kesilapan dengan tidak melayan kemaluan suaminya sewaktu haid dan sewaktu pantang melahirkan anak. Ingatlah, ada suami yang kuat nafsunya dan memginginkan kemahuannya kerap dilayan,tapi ada yang tidak begitu agresif. Bayangkan jika suami masih muda tidak mampu bertahan dan merasakan masa seminggu haid adalah sangat lama, bagaimana pula yang berpantang selama 40 hari sewaktu isteri melahirkan anak?
     Satu lagi ialah menjaga minat suami.Jika suami suka berkebun, janganlah tukar minatnya . lebih baik lagi sekiranya  isteri juga turut sama berkebun atau membantu suami berkebun. Kalau suami suka menulis fahami nalurinya dan sokonglah. Kalau suami gemar bermain golf, futsal dan badminton,isteri harus berfikiran positif. Apa yang penting ialah menyokong minat suami asalkan minat ini tidak bercangah dengan agama.Tapi jangan pula suami berdisko, isteri pula tumpang semangkuk.

Petua di atas memang kelihatan mudah namun belum tentu dilaksanakan isteri tanpa keizinan allah. Ramai isteri yang mengamalkan petua ini tidak menyertakan unsur keikhlasan untuk menigkatkan ilmu dan amalan agama. Sekiranya ilmu ini diamalkan serentak dengan peningkatan walaupun petua-petua itu dilaksanakan, isteri harus menjauhi sifat mazmumah seperti di bawah ini iaitu:

1.     Tidak menghormati suami seperti membuat sesuatu keputusan tanpa berunding dan meminta pandangan daripada suami

2.     Mengabaikan nama baik suami dan bersangka buruk terhadap suami.

3.     Bersikap kasar seperti memarahi suami .


4.     Melayani dan megutamakan anak melebihi daripada melayan suami.


Allah tidak memeberikan sesuatu rahmat secara percuma .Setiap rahmat allah memerlukan pengorbanan daripada isteri. Buang jauh-jauh segala sikap negatif semuga allah memberikan rahmat dengan mengamalkan resipi ilmu ini dan seterusnya dapat menambat hati suami.

Wahai wanita yang bergelar isteri,ingatlah hanya dengan mengizinkan mereka memasuki syurga nya melalui mana-mana pintu!

TAKTIK JUALAN MURAH PEMBELI JANGAN TERTIPU


Sale!!! Harga runtuh!!! Jualan murah!!! Promosi pembukaan!!!jualan gudang !!! harga borong!!! Harga terendah!!!lelong!!!jualan penghabisan stok!!!jualan hari raya!!! Itulah antara tulisan-tulisan yang terpampang sebagai iklan bagi menarik orang ramai mengerumuni sesebuah pusat membeli-belah .Pastinya diatas seakan-akan sudah lali kita saksikan sebagai ‘manisan’ di pintu masuk dan papan iklan di luar gedung membeli belah untuk melariskan jualan.Taktik halus menerusi iklan menarik serta krestif yang digunakan peniaga dan pengikilan sememangnya menjadi senjata utama untuk memastikan pengguna tertarik dengan promosi barangan.Menurut satu kajian iklan melalui telesiyen merupakan iklan yang paling cepat dan efektif untuk mendapatkan pelanggan .Malam ini iklan tersiar,keesokannya akan ada  jutaan pengguna mencarinya di pasaran.Begitulah hebatnya pengaruh teleyisyen kepada masyarakat pengguna tidak kira pengguna dewasa,remaja mahupun kanak-kanak dikatakan golongan pengguna yang cepat terpengaruh dengan iklan di televisyen berbanding pengguna golongan dewasa dan remaja.

Namun ,pastinya tiada siapa yang lebih tertarik dengan segala promosi  dan tertawan harga runtuh sebagaimana yang ditawarkan melainkan ‘kaki shopping’ yang sentiasa berselera untuk membeli-belah .Pantang saja terlihat papan iklan mahupun katalog yang menawarkan potongan harga istemewa  pasti  jadi tidak menjadi keruan selagi tidak berkunjung ke situ dan mengangkut pulang bungkusan barang-barang mereka yang seperti tidak perlu menunggu karnival jualan mega berlangsung untuk berbelanja.

‘Kegilaan’ membeli -belah ini tidak lain adalah disebabkan pengaruh iklan tanpa kawalan sehingga sampai ke tahap pembaziran.Sikap ini seolah-olah menjadi amalan.Sesetengah berpandangan ,jika tidak bermewah-mewah ,seseorang itu dipandang  rendah  oleh masyarakat sekeliling .Lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat sekarang yang lebih bersikap kebendaan.Tidak salah untuk bebelanja dan bermewah tetapi bukan secara berlebihan .Itulah menyebabkan seseorang terjerat dengan hutang di kemudian hari.

Risiko Pengunaan Kad Kreadit



Berhutang merupakan kenyataan yang melanda hampir setiap individu dalam  masyarakat hari ini.Dalam hasrat memperlihatkan taraf hidup yang tinggi,ada yang berbangga dengan mempunyai pelbagai kad kredit .Kajian gabungan persatuan penggunaan kad kredit mempunyai kad kredit RM2,000 sebulan.Mereka menggunakannya sebagai altenatif untuk memiliiki kemudahan wang dengan cara mudah dan ini mendorong dengan gejala berbelanja.Akhirya ramai yang menghadapi risiko dibawa ke mahkamah dan diistiharkan muflis.

Membeli Biar Berpada

Adakah kegilaan membeli-belah ini boleh dikaitkan sebagai suatu penyakit yang membahayakan diri atau ia merupakan salah satu cara untuk menghilangkan tekanan kerja(stress) di pejabat?pensyarah kanan pengajian psikologi dan pembangunan manusia (perkejaan) university kebangsaan Malaysia (UKM),DR Fatimah omar berpendapat bahawa sesetengah individu terdorong untuk menghilangkan tekanan dengan cara membeli belah yang hakikatya mereka sendiri  tidak memerlukan keadaan ini kemungkinan berlaku disebabkan oleh tekanan yang tidak diluahkan kepada seseorang.Sehingga tiada jalan penyelesaian lain melainkan menghiburkan diri dengan keluar membeli-belah
Namun apa yang tidak diingini berlaku ialah keseronokan membeli-belah itu hanya bersifat sementara sahaja kerana sebaik sahaja pulang dari berbelanja barulah disedari bahawa barang yang dibeli itu belum lagi dengan pembelian melebihi pendapatan (over budget) sehingga mengakibatkan  hutang.Justeru kita disarankan agar menyenaraikan terlebih dahulu keutamaan barangan yang ingin dibeli sebelum bertindak keterlaluan kerana perancangan awal dan strategi membeli belah yang baik mampu mengelakan seseorang daripada belanja tanpa had .Secara tidak langsung ia akan meyelamatkan kita daripada  terpedaya dengan pujukan promosi iklan sebaliknya berfikir terlebih dahulu dan membuat senarai barang yang sepatutnya dibeli.

MEMPERKASAKAN PROGRAM TARBIAH REMAJA DI MASJID


Remaja dan tarbiah merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan .Proses pembangunan jatidiri serta usaha menjadikan mereka sebabgai pemimpin masa hadapan harus dijadikan keutamaan bagi para pendakwah.Serentak dengan itu penyeburan program latihan dan tarbiah remaja di masjid harus digerakkan dengan lebih aktif dan efektif.Masjid masa kini tidak seharunya dilihat sebagai pusat ibadah sahaja,malah menjangkau fungsi sebagai institusi sosial dan medan tarbiah kepada masyarakat terutamanya golongan remaja.

Pengalaman aktiviti remaja kelab remaja jamaah islah Malaysia petaling jaya contohnya yang bergerak aktif mengendalikan program motivasi dan latihan di sekitar daerah ini banyak memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang betapa pentingya menjadikan masjid sebagai medan penyebur minda dan iman remaja.Mereka sepatutnya disediakan ruang dan peluang untuk memupuk jatidiri sebelum mencari sendiri aktiviti yang mengikut selera mereka.Justeru amat tidak wajar sekiranya kita hanya mencemuh para remaja dengan dunia rempit dan budaya hedonismenya tetapi dalam masa yang sama kita tidak pun menyediakan peluang kepada mereka untuk terlibat dalam aktiviti yang sihat.

Bentuk program latihan remaja yang boleh dilaksana di masjid adalah termasuk program motivasi dan jatidiri , kem ibadah ,pemantapan solat, program pengurusan diri,kewangan ,teknologi maklumat (ICT) latihan pembinaan diri dan sahsiah sehinggalah ke peringkat program sukan di antara masjid seperti kejohanan futsal daerah.

Untuk merealisikan masjid sebagai pusat pembangunan remaja,sudah pasti ia harus bersandarkan beberapa prasyarat yang melibatkan pengurusan masjid serta kemampuan para aktiviti remaja dalam merancang ,mengurus serta melaksanakan program dan pengisian.Apa yang pasti,anjakan paradigma dan minda mesti dilakukan demi membuka ruang untuk menjadikan masjid sebagai sebahagian daripada  pusat latihan dan tarbiah remaja.Bahkan sudah semestinya keterbukaan ini memerlukan lebih ramai lagi ahli jawatankuasa masjid dilantik dari kalangan generasi muda dan golongan remaja bagi memudahkan penyaluran idea dan maklumat .Justeru masalah tiada kepakaran untuk mengurus aktiviti remaja di masjid bukanlah alasan untuk meminggirkan aspek pembangunan remaja.Kelab remaja JIM petaling jaya misalnya dianggotai oleh para aktivis yang komited dengan penggendalian aktiviti remaja di masjid.Malah banyak lagi NGO dakwah dengan pihak pengurusan masjid bagi menguruskan aspek tarbiah di masjid dan surau.



Dalam hal ini pengerak remaja harus diberikan latihan dan pendedahan tentang emosi remaja,kaunseling pengadilan latihan dalam kumpulan latihan pengerak inilah akan munguatkan jiwa mereka agar sentiasa ke masjid.Segala ilmu seperti kemahiran membuat kertas kerja sehinggalah ke peringkat penggubalan akan menjadi hebat.Kehebatan para pendakwah muda ini kelak menjadi contoh dan tauladan untuk remaja yang lain ini.Ini selaras dengan firman allah SWT

Yang bermaksud: ‘hanya yang memakmurkan masjid-masjid allah ialah orang-orang ,maka kemudian,orang-orang yang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk ‘ (at _taubah:18)

Sementara itu aspek kemudahan seperti releksi pula dilihat sebagai agen pembantu yang penting kepada program latihan remaja di masjid.Dewan serbaguna contohnya boleh dijadikan lokasi aktiviti,manakala pusat sumber sebagai pusat perkembangan ilmu.



Wednesday, 25 April 2012

Dakwah Fisabilillah

Kata dakwah adalah berasal dari bahasa Arab “Da’wah”, iaitu da’aa yang berarti memanggil, mengundang atau mengajak. Ism fa’ilnya (pelaku) adalah da’I yang berarti pendakwah. Di dalam kamus al-Munjid fi al-Lughoh wa al-a’lam disebutkan makna da’I sebagai orang yang memangggil (mengajak) manusia kepada agamanya atau mazhabnya . Merujuk pada Ahmad Warson Munawir dalam Ilmu Dakwah karangan Moh. Ali Aziz (2009:6), kata "da’a" mempunyai beberapa makna antara lain memanggil, mengundang, minta tolong, meminta, memohon, menamakan, menyuruh datang, mendorong, menyebabkan, mendatangkan, mendoakan, menangisi dan meratapi.