Sunday, 5 August 2012

TAKTIK JUALAN MURAH PEMBELI JANGAN TERTIPU


Sale!!! Harga runtuh!!! Jualan murah!!! Promosi pembukaan!!!jualan gudang !!! harga borong!!! Harga terendah!!!lelong!!!jualan penghabisan stok!!!jualan hari raya!!! Itulah antara tulisan-tulisan yang terpampang sebagai iklan bagi menarik orang ramai mengerumuni sesebuah pusat membeli-belah .Pastinya diatas seakan-akan sudah lali kita saksikan sebagai ‘manisan’ di pintu masuk dan papan iklan di luar gedung membeli belah untuk melariskan jualan.Taktik halus menerusi iklan menarik serta krestif yang digunakan peniaga dan pengikilan sememangnya menjadi senjata utama untuk memastikan pengguna tertarik dengan promosi barangan.Menurut satu kajian iklan melalui telesiyen merupakan iklan yang paling cepat dan efektif untuk mendapatkan pelanggan .Malam ini iklan tersiar,keesokannya akan ada  jutaan pengguna mencarinya di pasaran.Begitulah hebatnya pengaruh teleyisyen kepada masyarakat pengguna tidak kira pengguna dewasa,remaja mahupun kanak-kanak dikatakan golongan pengguna yang cepat terpengaruh dengan iklan di televisyen berbanding pengguna golongan dewasa dan remaja.

Namun ,pastinya tiada siapa yang lebih tertarik dengan segala promosi  dan tertawan harga runtuh sebagaimana yang ditawarkan melainkan ‘kaki shopping’ yang sentiasa berselera untuk membeli-belah .Pantang saja terlihat papan iklan mahupun katalog yang menawarkan potongan harga istemewa  pasti  jadi tidak menjadi keruan selagi tidak berkunjung ke situ dan mengangkut pulang bungkusan barang-barang mereka yang seperti tidak perlu menunggu karnival jualan mega berlangsung untuk berbelanja.

‘Kegilaan’ membeli -belah ini tidak lain adalah disebabkan pengaruh iklan tanpa kawalan sehingga sampai ke tahap pembaziran.Sikap ini seolah-olah menjadi amalan.Sesetengah berpandangan ,jika tidak bermewah-mewah ,seseorang itu dipandang  rendah  oleh masyarakat sekeliling .Lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat sekarang yang lebih bersikap kebendaan.Tidak salah untuk bebelanja dan bermewah tetapi bukan secara berlebihan .Itulah menyebabkan seseorang terjerat dengan hutang di kemudian hari.

Risiko Pengunaan Kad Kreadit



Berhutang merupakan kenyataan yang melanda hampir setiap individu dalam  masyarakat hari ini.Dalam hasrat memperlihatkan taraf hidup yang tinggi,ada yang berbangga dengan mempunyai pelbagai kad kredit .Kajian gabungan persatuan penggunaan kad kredit mempunyai kad kredit RM2,000 sebulan.Mereka menggunakannya sebagai altenatif untuk memiliiki kemudahan wang dengan cara mudah dan ini mendorong dengan gejala berbelanja.Akhirya ramai yang menghadapi risiko dibawa ke mahkamah dan diistiharkan muflis.

Membeli Biar Berpada

Adakah kegilaan membeli-belah ini boleh dikaitkan sebagai suatu penyakit yang membahayakan diri atau ia merupakan salah satu cara untuk menghilangkan tekanan kerja(stress) di pejabat?pensyarah kanan pengajian psikologi dan pembangunan manusia (perkejaan) university kebangsaan Malaysia (UKM),DR Fatimah omar berpendapat bahawa sesetengah individu terdorong untuk menghilangkan tekanan dengan cara membeli belah yang hakikatya mereka sendiri  tidak memerlukan keadaan ini kemungkinan berlaku disebabkan oleh tekanan yang tidak diluahkan kepada seseorang.Sehingga tiada jalan penyelesaian lain melainkan menghiburkan diri dengan keluar membeli-belah
Namun apa yang tidak diingini berlaku ialah keseronokan membeli-belah itu hanya bersifat sementara sahaja kerana sebaik sahaja pulang dari berbelanja barulah disedari bahawa barang yang dibeli itu belum lagi dengan pembelian melebihi pendapatan (over budget) sehingga mengakibatkan  hutang.Justeru kita disarankan agar menyenaraikan terlebih dahulu keutamaan barangan yang ingin dibeli sebelum bertindak keterlaluan kerana perancangan awal dan strategi membeli belah yang baik mampu mengelakan seseorang daripada belanja tanpa had .Secara tidak langsung ia akan meyelamatkan kita daripada  terpedaya dengan pujukan promosi iklan sebaliknya berfikir terlebih dahulu dan membuat senarai barang yang sepatutnya dibeli.

No comments:

Post a Comment