Untuk
memastikan rumahtanga kekal bahagia dan
hidup rukun dan
damai, isteri perlu manjaga suami
dan suami pula
manjaga isteri. Soalannya apa
yang perlu dijaga? ada banyak
cara untuk menawan dan menambat hati suami antara menjaga mulut dan kemaluannya
!
Maksud
menjaga mulut suami ialah menjaga makan minumnya. Jangan sampai suami yang
pulang dari bekerja tidak ada makanan yang hendak dimakan. Lazimnya apabila
perut suami kenyang ,senanglah hatinya . Menjaga mulut suami juga ada kaitan
dengan sikap dan perangai isteri jangan sampai suami menengking, meninggi suara
dan mengeluarkan kata-kata yang bukan gara-gara sikap dan perlakuan isteri.
Menjaga
kemaluan suami pula bermaksud ,memberi makan (nafkah zahir batin)kemaluan suami
secukupnya.Islam juga mengharamkan dan melaknat isteri yang menolak permintaan
suami untuk berjimak. Hadis Rasulullah SAW, ada menyuruh isteri melayani suami walaupun
sedang menunggang unta!!!
Bab
menjaga mulut suami iaitu menyediakan makanan dan minuman suami adalah lebih mudah jika tiada
masa untuk memasak, isteri boleh saja membeli makanan di restoran. Sekiranya
makanan kemaluan suami tidak mencukupi, dimana hendak di cari ganti ? Ramai suami hari ini pergi kerja
waktu pagi bagai kucing kelaparan.Apabila ini berlaku, mulalah semua kerja
asyik tidak betul. Bayangkan jika isteri hanya melayan suaminya sekali dalam
tempoh dua minggu padahal pasangan ini baru bernikah!!!
Dalam bab menjaga kemaluan suami, ramai
isteri melakukan kesilapan dengan tidak melayan kemaluan suaminya sewaktu haid
dan sewaktu pantang melahirkan anak. Ingatlah, ada suami yang kuat nafsunya dan
memginginkan kemahuannya kerap dilayan,tapi ada yang tidak begitu agresif. Bayangkan
jika suami masih muda tidak mampu bertahan dan merasakan masa seminggu haid
adalah sangat lama, bagaimana pula yang berpantang selama 40 hari sewaktu
isteri melahirkan anak?
Satu lagi ialah menjaga minat suami.Jika
suami suka berkebun, janganlah tukar minatnya . lebih baik lagi sekiranya isteri juga turut sama berkebun atau membantu
suami berkebun. Kalau suami suka menulis fahami nalurinya dan sokonglah. Kalau
suami gemar bermain golf, futsal dan badminton,isteri harus berfikiran positif.
Apa yang penting ialah menyokong minat suami asalkan minat ini tidak bercangah
dengan agama.Tapi jangan pula suami berdisko, isteri pula tumpang semangkuk.
Petua
di atas memang kelihatan mudah namun belum tentu dilaksanakan isteri tanpa
keizinan allah. Ramai isteri yang mengamalkan petua ini tidak menyertakan unsur
keikhlasan untuk menigkatkan ilmu dan amalan agama. Sekiranya ilmu ini
diamalkan serentak dengan peningkatan walaupun petua-petua itu dilaksanakan, isteri
harus menjauhi sifat mazmumah seperti di bawah ini iaitu:
1.
Tidak
menghormati suami seperti membuat sesuatu keputusan tanpa berunding dan meminta
pandangan daripada suami
2.
Mengabaikan
nama baik suami dan bersangka buruk terhadap suami.
3.
Bersikap kasar
seperti memarahi suami .
4.
Melayani dan
megutamakan anak melebihi daripada melayan suami.
Allah
tidak memeberikan sesuatu rahmat secara percuma .Setiap rahmat allah memerlukan
pengorbanan daripada isteri. Buang jauh-jauh segala sikap negatif semuga allah
memberikan rahmat dengan mengamalkan resipi ilmu ini dan seterusnya dapat
menambat hati suami.
Wahai
wanita yang bergelar isteri,ingatlah hanya dengan mengizinkan mereka memasuki
syurga nya melalui mana-mana pintu!
No comments:
Post a Comment