Sunday, 5 August 2012

MEMPERKASAKAN PROGRAM TARBIAH REMAJA DI MASJID


Remaja dan tarbiah merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan .Proses pembangunan jatidiri serta usaha menjadikan mereka sebabgai pemimpin masa hadapan harus dijadikan keutamaan bagi para pendakwah.Serentak dengan itu penyeburan program latihan dan tarbiah remaja di masjid harus digerakkan dengan lebih aktif dan efektif.Masjid masa kini tidak seharunya dilihat sebagai pusat ibadah sahaja,malah menjangkau fungsi sebagai institusi sosial dan medan tarbiah kepada masyarakat terutamanya golongan remaja.

Pengalaman aktiviti remaja kelab remaja jamaah islah Malaysia petaling jaya contohnya yang bergerak aktif mengendalikan program motivasi dan latihan di sekitar daerah ini banyak memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang betapa pentingya menjadikan masjid sebagai medan penyebur minda dan iman remaja.Mereka sepatutnya disediakan ruang dan peluang untuk memupuk jatidiri sebelum mencari sendiri aktiviti yang mengikut selera mereka.Justeru amat tidak wajar sekiranya kita hanya mencemuh para remaja dengan dunia rempit dan budaya hedonismenya tetapi dalam masa yang sama kita tidak pun menyediakan peluang kepada mereka untuk terlibat dalam aktiviti yang sihat.

Bentuk program latihan remaja yang boleh dilaksana di masjid adalah termasuk program motivasi dan jatidiri , kem ibadah ,pemantapan solat, program pengurusan diri,kewangan ,teknologi maklumat (ICT) latihan pembinaan diri dan sahsiah sehinggalah ke peringkat program sukan di antara masjid seperti kejohanan futsal daerah.

Untuk merealisikan masjid sebagai pusat pembangunan remaja,sudah pasti ia harus bersandarkan beberapa prasyarat yang melibatkan pengurusan masjid serta kemampuan para aktiviti remaja dalam merancang ,mengurus serta melaksanakan program dan pengisian.Apa yang pasti,anjakan paradigma dan minda mesti dilakukan demi membuka ruang untuk menjadikan masjid sebagai sebahagian daripada  pusat latihan dan tarbiah remaja.Bahkan sudah semestinya keterbukaan ini memerlukan lebih ramai lagi ahli jawatankuasa masjid dilantik dari kalangan generasi muda dan golongan remaja bagi memudahkan penyaluran idea dan maklumat .Justeru masalah tiada kepakaran untuk mengurus aktiviti remaja di masjid bukanlah alasan untuk meminggirkan aspek pembangunan remaja.Kelab remaja JIM petaling jaya misalnya dianggotai oleh para aktivis yang komited dengan penggendalian aktiviti remaja di masjid.Malah banyak lagi NGO dakwah dengan pihak pengurusan masjid bagi menguruskan aspek tarbiah di masjid dan surau.



Dalam hal ini pengerak remaja harus diberikan latihan dan pendedahan tentang emosi remaja,kaunseling pengadilan latihan dalam kumpulan latihan pengerak inilah akan munguatkan jiwa mereka agar sentiasa ke masjid.Segala ilmu seperti kemahiran membuat kertas kerja sehinggalah ke peringkat penggubalan akan menjadi hebat.Kehebatan para pendakwah muda ini kelak menjadi contoh dan tauladan untuk remaja yang lain ini.Ini selaras dengan firman allah SWT

Yang bermaksud: ‘hanya yang memakmurkan masjid-masjid allah ialah orang-orang ,maka kemudian,orang-orang yang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk ‘ (at _taubah:18)

Sementara itu aspek kemudahan seperti releksi pula dilihat sebagai agen pembantu yang penting kepada program latihan remaja di masjid.Dewan serbaguna contohnya boleh dijadikan lokasi aktiviti,manakala pusat sumber sebagai pusat perkembangan ilmu.



No comments:

Post a Comment